ISO Tu Ape ae???

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...

Terima kasih kepada pembaca kerana terus setia bersama saya di blog ini.

Pada siri kali ini pula, kita akan cuba mengkaji bagaimana untuk mendapatkan gambar yang cantik dengan memahami ISO.

Ini perlu difahami bagi mendapatkan gambar yang menarik. ISO juga dahulunya dikenali sebagai ASA.

ISO adalah berapa sensitif filem atau digital kamera pada cahaya. Pada zaman digital ini, ISO amat mudah dilaras dan diubah.

Gunakan ISO yang rendah bagi mendapatkan 'aperture' dan 'shutter speed' yang diperlukan.

Tambahkan ISO untuk 'aperture' yang kecil dan 'shutter speed' yang laju.

Manakala ISO yang perlahan biasanya ISO 100 atau ISO 200.

ISO yang laju seperti ISO 800, 1600.

(Gambar: Contoh penggunaan ISO 100 Contoh penggunaan ISO 6400)


Sebab utama untuk menggunakan ISO yang perlahan adalah untuk menggurangkan noise atau 'grain'(bintik-bintik pada gambar).

Penetapan ISO yang laju bisanya lebih 'grain’, berbanding dengan ISO yang perlahan.

Sekian dahulu untuk kali ini, semoga bertemu dalam entri akan datang.

Selamat mencuba... =)




Leave a Reply

Facebook Comments