Apa itu ‘shutter speed’

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua...

Terima kasih kepada pembaca kerana terus setia bersama saya di blog ini.

Pada siri kali ini pula, kita akan cuba mengkaji bagaimana untuk mendapatkan gambar yang cantik dengan memahami shutter speed.

Apakah yg dimaksudkan dengan shutter speed?

Shutter speed adalah berapa lama

Kamera terbuka dan terdedah kepada cahaya untuk merakamkan sesuatu imej ataupun gambar.

Keadaan cahaya akan memberikan kesan terhadap gambar yang dirakamkan oleh kamera,sebagai contoh keadaan cahaya yang kurang menyebabkan kualiti gambar yg diambil menjadi kurang menarikjika tidak dilaras pd tahap kelajuan yg betul..

Kekurangan cahaya akan menyebabkan kamera mengambil masa yg lebih lama untuk menghasilkan mutu gambar yang baik..

Bagi mengetahui bagaimana pergerakan dirakamkan,gunakan kelajuan (speed) yang berbeza.sebagai contoh,jika menggunakan kelajuan 1/30 sesaat,ia akan merakamkan gambar biasa bagi objek yg bergerak.

Jika menggunakan kelajuan 1/100>500,

Subjek yang bergerak akan terhenti dengan serta merta.

Untuk merakam gambar aksi sukan,gunakan kelajuan yang tinggi melainkan

Anda ingin merakam imej dengan pergerakan.


kelajuan 1/500

Contoh kelajuan 1/20


sekian dari saya buat pembaca sekalian....
berjumpa lagi pd entri yang akan datang..
terima kasih kerana sudi membaca...=)

:


Leave a Reply

Facebook Comments