Tips Shoot Potret Raya.

Sempena hari raya yang akan tiba esok, pasti ramai yang ingin mengabadikan potret hari raya bersama keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Pastinya ramai yang memiliki kamera digital sendiri, tak kiralah kompak atau DSLR.

Anda guna DSLR? Sepatutnya gambar yang anda rakam adalah lebih menarik jika menggunakan DSLR. Anda pengguna kamera kompak? Tak perlu risau, jika anda tahu menggunakan kamera anda, hasilnya tidak banyak beza dengan yang menggunakan kamera besar


Mari saya kongsikan tipsnya:

#1. Cari tempat yang cantik bagi anda. Contohnya di sudut rumah anda yang telah dihias dengan cantik sempena hari raya ni. Ataupun di halaman rumah anda yang cantik.

#2. Jika di dalam rumah yang kurang cahaya, cari bahagian yang berhampiran dengan sumber cahaya seperti tingkap yang besar. Ini untuk mendapatkan gambar potret yang lebih natural dan cantik. Jika menggunakan flash, kawal kekuatan cahayanya supaya gambar lebih natural.

#3. Gunakan aperture kecil jika potret keluarga anda melebihi 1 baris. Ini untuk memastikan semua potret subjek adalah sharp. Lupakan sahaja aperture besar buat masa ini. Ingat ‘depth of field’ ye :)

#4. Anda sebagai pengarah, susunkan dan arahkan subjek supaya gambar anda nanti seperti yang diharapkan. Beri arahan untuk senyum, pandang kamera atau free style. Ikut kemahuan anda.

#5. Gunakan tripod jika ada banyak kumpulan dan jika anda ingin masuk sekali di dalam frame. Untuk ini, gunakan ‘timer’ kamera anda.

#6. Untuk gambar outdoor (luar rumah) pastikan anda gunakan flash. Ada beza jika anda on flash dan off flash semasa shoot di luar rumah. Tak percaya, anda cuba :)

#7. Buat ‘framing’ seperti mana yang kita kehendaki. Frame seawal dari viewfinder atau lcd skrin kamera kita sebelum anda tekan butang shutter kamera.

#8. Untuk gambar yang lebih cantik, pastikan anda dan keluarga memakai pakaian yang cantik-cantik. Hasilnya juga akan cantik :)

#9. Anda baru beli kamera dan tak sempat belajar? Nasihat saya gunakaan setting Auto pada kamera. Ataupun pilih setting potret, biasanya setting pada kamera yang berlabel ‘orang memakai topi’.

#10. Ini penting, shoot lebih dari 3 keping gambar. Lebih banyak lebih baik. Mungkin gambar pertama tidak sharp atau kabur ataupun ada antara subjek anda yang belum bersedia. Lebih banyak anda shoot, lebih selamat untuk anda.

Ok, selamat memcuba…

6 Responses so far.

  1. Hebatnye...mcm2 anta leh wat

  2. ikhwah kene tau mcm2..hehe

  3. wa,,
    dah cebur bidang baru nampaknye..hehe..~

Leave a Reply

Facebook Comments