Tip membeli kamera digital.



Assalamualaikum pembaca sekalian...

insyaAllah saya ingin kongsikan bersama beberapa tip membeli DSLR kpd pembaca sekalian.

Saya pasti tentu anda agak keliru dalam memilih kamera yang sesuai dengan anda kerana terlalu banyak model baru di pasaran.

Bagaimana untuk anda pilih mana satu model yang sesuai dengan keperluan kita? Jangan tersilap pilih kerana kamera digital bukannya murah! Tersilap pilih anda boleh rugi hingga beratus ringgit!

Di sini saya kongsikan beberapa tip untuk membeli kamera. Saya harap ia dapat membantu anda dalam memilih kamera yang sesuai dan berguna dengan anda.

Tidak susah sebenarnya untuk memilih dan membeli kamera digital. Apa yang perlu, pertimbangkan sebelum membeli kamera digital adalah:

Kawalan Pengguna (User Controls)

Ini amat penting, pastikan anda mencari kamera yang mudah digunakan dan serasi dengan kita. Kawalan pengguna (user control) biasanya untuk menetapkan resolusi, macro mode atau flash dengan cara yang mudah dicapai. Adalah penting kita mencuba dahulu kamera yang ingin dibeli- cuba dengan butang- butang kawalan pada kamera dan cuba serasikan dengan anda. Dengan cara ini anda akan dapat memilih kamera yang lebih sesuai dan selesa dengan anda.

Kawalan dedahan cahaya (Exposure Control)

Kebolehan mengawal “exposure” seperti shutter speed (kelajuan shutter) dan bukaan lensa adalah perkara utama yang diperlukan oleh jurugambar yang inginkan kawalan secara manual. Kamera digital yang murah hanya membolehkan anda mengambil gambar pada mode auto- tekan shutter release…dah dapat tangkap gambar!

Pengguna yang lebih ‘advanced’ lebih suka melaras kelajuan shutter dan aperture untuk merakam subjek mengikut kehendak mereka. Jika anda betul- betul minat dalam fotografi, pilihlah kamera yang mempunyai kawalan exposure secara manual.

Jangka hayat bateri/sel

Ini adalah faktor yang anda mesti dilihat dalam memilih kamera digital. Saya pasti anda akan memilih model kamera yang terhebat dan ter’canggih’ yang mana akan menyumbang kepada jangka hayat pendek untuk sel. Contohnya skrin panel yang besar biasanya akan memggunakan kuasa yang lebih untuk operasi dan menyebabkan bateri cepat habis.

Pastikan anda memilih kamera yang mempunyai jangka hayat sel yang tahan lama!

Megapixel

Megapixel pada kamera digital menentukan berapa halus dan ‘detail’ gambar anda boleh rakam dalam sesuatu shot. Biasanya jumlah megapixel dari 4 megapixel hinnga 18 megapixel.

Bagaimana untuk mengetahui berapa banyak megapixel yang anda perlukan?

Sebagai panduan, jika anda menggunakan gambar untuk dihantar melalui email atau post ke laman web, anda tidak memerlukan lebih dari 2 megapixel. Tetapi jika anda ingin mencetak gambar anda dalam siaz yang besar, seharusnya anda memerlukan 5 megapixel dan lebih! (Bergantung pada saiz gambar yang anda ingin cetak). Megapixel tinggi, penting jika kita mahu mencetak gambar bersaiz besar seperti papan iklan di tepi lebuh raya!

Zoom Lensa

Anda semestinya memerlukan kamera yang mempunyai ‘optical zoom’. Optical zoom menggerakkan lensa kamera untuk merakamkan imej pada jarak jauh atau dekat pada satu titik. Penggunaan digital zoom adalah secara digital membesarkan imej menggunakan mikrocip kamera- menghasilkan kualiti gambar yang rendah. Pengeluar kamera menekankan lebih kepada digital zoom daripada optikal zoom dalam iklan mereka; jadi berhati- hatilah semasa memilih!

Untuk yang ingin membeli DSLR, lensa kit 18mm-55mm sudah cukup untuk keperluan harian biasa.

Kesimpulan

Akhir sekali saya berharap artikel ini akan membantu anda dalam memahami faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memilih kamera digital.

Pada pandangan saya, jika anda baru dalam fotografi digital, tidak semestinya kita membeli kamera digital SLR yang tercanggih dipasaran! Bermula dengan kamera yang murah. Belajar ‘experiment’ dan tingkatkan kemahiran fotografi anda terlebih dahulu. Jika anda sudah mahir, barulah ‘upgrade’ ke kamera yang lebih canggih! Apa yang amat penting adalah kefahaman kita tentang fotografi itu sendiri.

GO!!! :)


11 Responses so far.

  1. salam, nak tanya... DSLR tu short form ke?

  2. ye cik cahaya...DSLR tu short form untuk digital single lense reflect.. =)

  3. wah.bnyk ilmu...mantap.hebat ^_^

  4. ezma says:

    aaa.. sangat bagus info ni... petang tadi baru pergi survey DSLR. Tapi cam bodoh bodoh sket sebab tak tahu nak tanya ape.. haha...
    Ermmm... saye baru nak bermula. Suka suka. So DSLR yang mane yang bagus untuk beginner macam saye?
    p/s: sye perlukan lebih ilmu nih... :)

  5. ezma~ assalamualaikum..ermm sekadar cadangan... untuk memilih DSLR bg sesiapa yang baru memasuki dunia DSLR adalah amat penting..mungkin boleh bermula dengan camera yang lebih mudah digunakan dan sesuai dengan budget yang kita ada...sekadar cadangan..jika minat model canon model 1000D,500D,550DD adalah pilihan yang baik..jika nikon model D3100,D3000,D5000 juga sesuai...pembelian DSLR ni perlu berhati-hati kerana ia melibatkan pelaburan yang bukan sedikit tetapi banyak..
    mungkin boleh melihat kepada forum-forum di internet yang membincangkan tentang model yang sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia DSLR.sy pun masih baru lg.. diharap membantu =)

  6. salam..wow~ DSLR.. kualiti gmbr dia mmg sgt bagus! tp sy suke bergmbr tp tidak mengmbil gmbr! ehehe~

    memandangkan fifi mmg da sgt pro dlm bidang photograph ini, nak mintak pendapat boleh?

    nisa nak beli camera compact biasa jek.. tp nak yang berkualiti dan xnyesal la beli dan murah la kot..tp xde la murah sgt.. ingat nk beli SONY DSC-W200 12.1 MP or DSC-W310 12.1MP and i even dont know how the price actually.kt msia da berapa ek skg? kamu rasa berbaloi ke kalau nisa beli jenis tu? or kalo ade cadangan camera lain, much better. sbb lg byk pilihan lg bagus kan? maaf menyusahkan jek!

  7. owh ok nisa..nnt sy ym kamu ye =)

  8. assalamualaikum..
    firstly nice blog..
    saye nak bli DSLR..
    bajet 2000 - 3000 la...
    boleh x cadangkan mane2 yg sesuai...
    sbb takot salah pilih la...

  9. owh..yeke..sebelum tu nak tanya awk minat model ape?
    maksudnya maybe pernah guna or biasa guna model ape? contoh nikon ke..sony ke canon ke...

    kalau peringkat begineer dan bersesuaian dengan budget awak..

    canon 1000D,450D,500D,550D
    nikon D3000,D3100,D5000,
    sony saya kurang pasti..

  10. hihihhi kompak...nikon p7000 kot....canon g12 hihihihi nikon s9100 panasonic errr..rrer lumix DMC TZ10 pun cantik boleh masuk dalam poket-sekadar cadangan ;p larikkkkkkkkkkk

  11. err, nak tanya boleh.. sebenarnya ada plan nak canon s95 tapi ada yang cakap canon ni cepat habis bateri? betul ke?

Leave a Reply

Facebook Comments